CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

1/11/13

Remaja daif tidak bersekolah



Kosmo 11 Jan 2013, JOHOR BAHRU - Kedaifan hidup menyebabkan seorang remaja yang tinggal di Kampung Sri Jaya, Skudai Kiri di sini terpaksa mencari barangan lusuh untuk dijual sebagai sumber pendapatan keluarga setiap hari.

Muhammad Zaini Abdullah, 18, berkata, pekerjaan itu dilakukan bagi membantu ibu angkatnya, Fatimah Ahmad, 62, menyara kehidupan mereka dengan pendapatan tidak sampai RM20 sehari.

Kata Muhammad Zaini, itu sahaja yang mampu dilakukannya kerana dia tidak pernah berpeluang untuk menimba ilmu di sekolah sejak kecil ekoran kesempitan hidup yang dialami keluarga terbabit.

"Setiap hari, saya dan ibu angkat mencari barangan lusuh seperti surat khabar, tin kosong, payung dan botol untuk dijual bagi mencari sesuap nasi.

"Selain mencari barangan lusuh, saya turut menangkap ikan di sungai berdekatan rumah untuk dijadikan lauk," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

No comments: